Monday, January 31, 2011

kiamat dan akhirat

 

12 Barisan di Akhirat


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
 Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
 Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
 Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
 Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
 Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
 Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
 Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
 Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
 Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
 Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
 Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
 Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..
  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
  • 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.


BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH


Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...


Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...


Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,


Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...


Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!! 

www.iluvislam.com
wardatul firdaus
editor: azzahra_solehah

Wednesday, January 26, 2011

QARIN

 
Sekadar gambar hiasan













Qarin adalah kembar manusia


Qarin dari perkataan Arabnya yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.

Aisyah r.a. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya, “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata, “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitanmu?” Aku bertanya, “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda, “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi, “Adakah engkau pun ada syaitan, ya Rasulullah?” Jawab Baginda, “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, “Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya.” Para sahabat bertanya, “Anda juga, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim)

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasululloh Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadis riwayat Baihaqi)


Perihal qarin ini bukan saja disebut dalam hadis, malah diceritakan di dalam al-Quran, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran), maka Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi qarin (teman yang selalu menyertainya).” (Surah az-Zukhruf [043], ayat 36)


Sekadar gambar hiasan


Qarin teman@jin pendamping yang menyesatkan manusia

Sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis di atas, qarin adalah dari golongan jin. Ia sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. Sedangkan sifat manusia itu lemah, mudah lupa menjadi penyebab terjerumusnya manusia ke lembah nista dan kemaksiatan akibat tergoda dengan hasutan qarin ini. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
.
firman Allah:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (Az Zukhruf 43:36)
Firman Allah SWT dari Surah As-Saffat:51 bermaksud : Seorang di antaranya berkata:  “Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang cuba menyesatkan aku)”
Firman Allah SWT dalam Surah Qaf Ayat 27 : “(Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Rakannya (Syaitan) berkata: “Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong)”
Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu.
Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Sekadar gambar hiasan

Qarin sentiasa bersama "kembar"nya

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.
Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.




Cara untuk mengatasi qarin
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.
Walau bagaimanapun orang2 Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

petikan dari
http://www.gempakz.com/t382-qarin-jin-yang-diutuskan-untuk-menggoda-manusiahttp://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=248:apakah-atau-siapakah-qarin&catid=16:kitab-kunfu-seri-naga&Itemid=23http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/12/03/qarin-jin-pendamping-manusia/

Tuesday, January 11, 2011

Ilmu dan Amal

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, yang bermaksud :

“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim”

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Nabi saw bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya”

Yang dimaksud ilmu adalah ilmu yang bermanfaat, yang akan mewariskan kebaikan dan barakah kepada penuntutnya baik di dunia ataupun di akhirat.

KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU

Islam adalah agama yang berorientasikan amal. Untuk beramal, Islam menuntut umatnya untuk berilmu. Orang yang tidak berilmu umpama seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ular pun disangka kayu api. Keutamaan menuntut ilmu banyak dijelaskan dalam Al Quran dan Hadis. ANTARANYA:

1.“Adakah sama antara orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? (Al-Quran, Surah Az-Zumar, ayat 9)

2.“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat.” (Al Quran, Surah Al-Mujadilah, ayat 11)

3.“Barangsiapa menempuh jalam untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)

4.“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Berilmu sebelum beramal sangat penting. Kita harus mengilmui apa yang akan kita amalkan. Dikhuatiri, tanpa ilmu yang mencukupi, kita akan terjerumus kepada amalan bid’ah atau kesyirikan.

Dalam hadits lain disebutkan bahwa orang yang berilmu jauh di atas tukang ibadah yang jahil (bodoh). "Keutamaan orang yang berilmu atas orang yang rajin beribadah ibarat keutamaan bulan purnama atas semua bintang". Bahkan dalam hadis lain disebutkan: "Tidurnya orang yang berilmu lebih utama daripada ibadahnya orang yang bodoh". Kedua hadits ini harus dipahami bahwa seorang alim (orang yang berilmu) lebih utama dari seorang abid (tukang ibadah) lantaran bagaimana mungkin seseorang dapat melaksanakan ibadahnya secara benar kalau tidak tahu ilmunya. Sementara si alim, tidurpun berdasarkan ilmunya.
Setelah kita memperhatikan nash-nash yang menjelaskan keutamaan orang yang berilmu, kini marilah kita simak salah satu sabda Nabi Saw berikut ini: "Sesungguhnya manusia yang paling berat siksanya kelak di hari kiamat adalah orang yang berilmu akan tetapi ilmunya tidak bermanfaat" (HR. Ahmad dan Baihaki). Demikian juga masih dalam riwayat yang sama, Rasulullah bersabda: "Kelak penduduk neraka akan berteriak-teriak sambil menutup hidung mereka. Mereka mengatakan: "Siapa kamu ini, mengapa tubuh kamu sangat bau seperti ini? Kami sudah sangat pedih dengan siksa ini, kini kamu tambah dengan aroma bau  kamu yang menyengak". Orang itu lalu berkata: "Dulu waktu di dunia saya ini adalah orang yang berilmu akan tetapi ilmu saya ini tidak bermanfaat".

Bila hadits-hadits sebelumnya menerangkan keutamaan orang yang berilmu, maka dalam dua riwayat ini justru sebaliknya; mencela dan menyiksa orang yang berilmu yang dengan ilmunya tidak mendatangkan manfaat baik bagi dirinya sendiri maupun bagi orang lain. Kedua riwayat ini juga sekaligus mengisyaratkan bahwa dalam Islam tujuan mencari ilmu adalah untuk diamalkan bukan  sekedar penghias bibir, pemoles kata dan bukan pula semata untuk mencari harta. Ilmu yang didapat harus dapat bermanfaat bagi diri sendiri maupun untuk orang lain. Bermanfaat bagi diri sendiri dimaksudkan mampu membimbing diri ke arah yang lebih baik, mengubah diri dan laku ke arah yang lebih diridhai-Nya.  Bermanfaat bagi orang lain dapat diartikan mampu memberikan atsar (efek baik) kepada orang-orang dalam menuju kehidupan yang lebih bernilai di sisi Allah Swt. Dengan bahasa lebih mudah, orang menuntut ilmu adalah untuk beramal. 


Berkaitan dengan masalah ilmu dan amal ini, marilah kita simak penuturan Imam al-Ghazali dalam buku kecilnya yang berjudul Khulashah at Tashanif fit Tasawwuf. Buku yang awalnya berbahasa Parsi, dan dialihbahasakan ke dalam bahasa Arab oleh Muhammad Amin al-Kurdi an-Naqsabandi ini merupakan jawaban terhadap keluhan salah seorang muridnya. Dalam keluhannya itu, sang murid mengadu bahwa ia telah menghabiskan semua masanya untuk terus mencari berbagai disiplin ilmu. Namun setelah ilmu itu diraih, ia bingung mana diantara ilmu tersebut yang dapat memberinya hidayah sekaligus bekal kelak di akhirat. Ia lalu memohon nasihat, petunjuk dan doa dari gurunya, Imam al-Ghazali. Berikut terjemahan
point-point penting dari jawaban Imam al-Ghaali dimaksud.

"Wahai anakku, sesungguhnya semua nasihat dari para shalihin terdahulu
semuanya sudah tertulis dalam hadits Nabi. Cukup semua itu kamu jadikan pelajaran
dan nasihat.

Wahai anakku, dikisahkan bahwa sepeninggal al-Junaid (seorang sufi
besar=pent.), para sahabat dekatnya bermimpi bertemu dengannya. Para sahabatnya
lalu bertanya: "Apa yang telah Allah perbuat kepada kamu?" Al-Junaid menjawab:
"tidak berguna semua isyarat itu, tidak berfaidah semua ungkapan-ungkapan itu,
tidak bermanfaat ilmu-ilmu itu, tidak membantu catatan-catatan itu, akan tetapi yang
membantu dan bermanfaat bagi kami hanyalah shalat yang kami lakukan di tengah
malam".

Ketahuilah dengan yakin wahai anakku, ilmu saja tanpa amal tidak akan
menyelamatkan kamu kelak di hari kiamat. Coba kamu bayangkan, bagaimana
menurut kamu, seorang tukang perang yang memiliki 10 pedang dan ratusan anak
panah berikut busurnya, lalu tiba2 dihadang seekor harimau besar, apakah semua
senjatanya dapat menolong dia dengan sendirinya tanpa ia pergunakan? Kamu tentu
secara yakin akan menjawab tidak. Demikian juga halnya jika seseorang mengetahui
100.000 masalah akan tetapi ia tidak mengamalkannya satu pun, maka anda pun tahu,
semua ilmunya itu tidak ada faidah buat dia sedikitpun.

Anakku, setiap hari hatimu selalu diseru—meskipun kamu tidak mendengar—
"ma tashna'u bi ghairi wa anta mahfufun bi khairi", "mengapa kamu tega berbuat
untuk selain-Ku, padahal kamu selalu dikelilingi kebaikan-Ku".

Anakku, ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah asing.
Karena jika ilmu tidak menjauhkan kamu dari ma'siat, maka kelak ia tidak akan
menjauhkan kamu dari neraka jahannam. Jika hari ini kamu tidak beramal shalih,
maka kelak di hari kiamat kamu akan berkata: "Ya Allah kembalikan kami ke dunia
niscaya kami akan berbuat baik". Lalu akan dikatakan kepadamu: "Apakah kami tidak
memberikan umur kepadamu".

Anakku, jangan pernah lupa, bawalah ruhmu dalam taat sebelum ruhmu lari
dari jasad (mati). Ketahuilah, dunia hanyalah persinggahanmu sementara sampai
suatu saat kamu pindah ke kubur. Mereka ahli kubur setiap detik menunggumu.
Berhati-hatilah jangan sampai kamu pergi kepadanya tanpa bekal.

Anakku, jika ilmu saja tanpa amal cukup bagimu, apa yang akan kamu
katakan ketika penyeru berkata: "Apakah termasuk orang yang bertaubat, orang yang
meminta ataukah termasuk orang yang memohon ampun?". Dalam hadits Shahih
dikatakan ketika setengah malam sudah berlalu, dan saat orang-orang tidur lelap,
Allah menyeru: " Apakah termasuk orang yang bertaubat, orang yang meminta
ataukah termasuk orang yang memohon ampun?". Karena itu, Rasulullah
menganjurkan ummatnya agar setiap malam shalat, dzikir dan memohon ampun.
Janganlah kamu terlalu banyak tidur pada malam hari karena akan membuat kamu
fakir kelak di hari kiamat.
Sufyan at-Tsauri pernah berkata: "Jika awal malam tiba, dari bawah arasy
terdengar seruan: "Apakah tukang-tukang ibadah bangun?" Maka berdirilah mereka
dan merekapun melaksanakan shalat. Bila tengah malam tiba, terdengar seruan lagi:
"Apakah hamba-hambaKu yang tunduk telah bangun?" Bangun pula lah mereka dan
kembali melakukan shalat malam sampai waktu sahur tiba. Bila waktu sahur tiba,
terdengar lagi seruan: "Apakah orang-orang yang memohon ampun telah bangun?"
Berdiri pula lah mereka memohon ampun sampai datang waktu fajar. Bila waktu fajar
tiba, terdengar kembali seruan: "Apakah orang-orang lalai telah bangun?" Bangunlah
mereka dari tempat tidur masing-masing seperti ketika dibangunkannya orang yang
telah mati kelak dari kubur.

Anakku, renungkanlah nasihat lukman: "Wahai anakku, janganlah kamu
jadikan ayam-ayam itu lebih geliat dari pada kamu. Ia kongkorongok, berkokok pada
waktu sahur sementara kamu masih tidur.

Anakku, banyak hal yang tidak cukup saya jelaskan dengan ucapan dan tulisan
karena dia sifatnya filling (dzauqi). Semua yang bersifat filling tidak bisa dicapai
dengan lisan dan tulisan tapi harus melalui amal perbuatan, praktek. Ketika kamu
hendak menjelaskan pada seseorang apa itu pahit, manis, maka semua itu tidak cukup
dengan lisan dan tuisan tapi harus langsung melalui amal perbuatan, mencoba.

Anakku, jika orang yang impoten menanyakan bagaimana nikmatnya jima'
(hubungan badan), maka jawaban lisan dan tulisan tidaklah cukup baginya, tapi harus
melalui praktek langsung.

Anakku, al-Syibli (seorang sufi besar=pent.) pernah berkisah bahwa dia telah
berguru kepada 400 syaikh, juga sudah membaca lebih dari 4000 hadits, akan tetapi
dari sekian banyak hadits di atas ia hanya memilih satu hadits saja dan meninggalkan
yang lainnya. Ia melihat hadits tersebutlah yang dapat dijadikan petunjuk untuk
meraih keselamatan kelak di hari akhir. Hadits tersebut adalah:
إعمل لدنياك بقدر مقامك فيها واعمل لآخرتك بقدر بقائك فيها واعمل لله بقدر حاجتك إليه واعمل للنار بقدر صبرك عليها.
"Berbuatlah untuk urusan duniamu menurut ukuran berapa lama kamu tinggal di
dalamnya. Berbuatlah untuk akhiratmu menurut ukuran kekekalan kamu tinggal di
dalamnya. . Berbuatlah untuk Allah menurut kebutuahanmu kepadaNya dan
berbuatlah untuk neraka menurut ukuran kesabaranmu di dalamnya."

Anakku, pahamilah hakikat dari ibadah dan tha'ah. Apa itu ibadah? Ibadah
adalah mengikuti petunjuk Syari (Allah dan RasulNya) baik yang menyangkut
perintah maupun larangan. Apabila kamu melakukan suatu perbuatan yang tidak ada
perintahnya dari Syari', maka itu bukan ibadah, meskipun perbuatan tersebut dalam
bentuk dan wujud ibadah. Bahkan, terkadang sesungguhnya perbuatan tersebut
hakikatnya adalah sebuah perbuatan maksiat, meskipun dalam wujud puasa atau
shalat. Bukankah orang yang berpuasa pada hari Tasyriq atau pada hari raya Idul Fitri
dan Adha dipandang sebagai orang yang berdosa? Padahal ia melakukannya dalam
bentuk ibadah. Kenapa demikian? Karena tidak ada perintah dari syari'. Demikian
juga, orang yang shalat pada waktu-waktu yang dimakruhkan atau di tempat-tempat
hasil dari perbuatan ghasab, ia tetap dipandang sebagai pembuat dosa.
Sebaliknya, apabila seorang suami bercanda dengan isterinya, maka ia
berpahala meskipun perbuatan tersebut dalam bentuk canda. Kenapa? Karena
bercanda dengan isteri dan mahram lainnya adalah diperintahkan. Oleh karena itu,
maka hakikat ibadah adalah melaksanakan perintah, bukan semata shalat atau puasa.
Karena shalat dan puasa itu tidak menjadi ibadah apabila tidak diperintahkan.

Anakku, ketahuilah bahwa yang disebut dengan tasawwuf adalah melekatnya
dua komponen penting dalam diri seseorang: jujur kepada Allah (al-shidqu ma'allah)
dan bermuamalah dengan baik terhadap sesama manusia. Setiap orang yang jujur
kepada Allah dan bermuamalah secara baik dengan sesama manusia, maka ia disebut
dengan seorang sufi (ahli tasawuf). Jujur kepada Allah maksudnya adalah merelakan
kepentingan pribadi demi perintah Allah. Sedangkan yang dimaksud dengan
bermuamalah dengan baik adalah senantiasa mengutamakan kepentingan mereka
(orang lain) dari pada kepentingan diri sendiri, selama kepentingan mereka itu selaras
dengan ketentuan syara.

Anakku, tahukah kamu apa yang dimaksud dengan hakikat dari penyembahan
kepada Allah? Ia adalah upaya untuk selalu menghadirkan Allah dalam segala gerak
gerik hamba tanpa ada pikiran dan rasa apapun dari selainNya. Dan hal ini tidak akan
tercapai kecuali dengan tiga hal: 1) senantiasa bergegas dalam melaksanakan
perintaNya, 2) ridha atas qadha dan qadar juga pembagian dari Allah, dan 3)
menghindari rasa menyesal atas pilihan yang telah diberikan oleh Allah kepadamu
sekalipun pilihan itu bukan pilihanmu.

Anakku, tahukah kamu apa itu tawakkal? Tawakal adalah kamu betul betul
yakin bahwa apa yang sudah menjadi bagian kamu, pasti akan sampai kepadamu
sekalipun semua penghuni dunia ini menghalanginya. Demikian juga, apa yang bukan
bagian kamu, tidak akan pernah sampai kepadamu meskipun seluruh penghuni dunia
ini turut membantumu.

Anakku, tahukah kamu apa itu ikhlas? Ikhlas adalah upaya untuk menjadikan
seluruh perbuatan kamu hanya karena Allah, dalam pengertian, tidak terbesit
sedikitpun dalam hati kamu untuk memperoleh balasan, pujian atau apapun dari
sesama manusia, baik ketika sedang melakukan perbuatan tersebut maupun
setelahnya. Di antara ciri keikhlasan adalah, kamu tidak merasa bahagia dan bangga
dengan pujian dari manusia, juga kamu tidak merasa bersedih hati, kecewa tatkala
mereka mencela dan menghina kamu. Berlakulah biasa dan sama dalam dua keadaan
tersebut.

Anakku, bila suatu saat seorang penguasa hendak berkunjung ke rumahmu,
maka kamu akan memoles dan menata dengan baik semua benda yang diyakini akan
dilihat oleh penguasa tersebut. Bila dengan penguasa saja seperti itu, maka apalagi
dengan Allah. Bukankah dalam sebuah hadits Rasulullah pernah bersabda, bahwa
Allah hanya akan melihat hati dan amalmu dan bukan harta serta kecantikanmu? Bila
tahu itu, maka kamu harus segera memperindah, mempersiapkan sebaik mungkin hati
dan amal kamu sebelum Allah datang "berziarah" kepadamu.

Terakhir, wahai anakku, saya ajarkan kepada kamu sebuah doa yang
sebaiknya kamu baca sesering mungkin terutama setelah shalat. Semoga dengan do'a
ini dapat membantu kamu untuk terus beramal:
اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ النِّعْمَةِ تَمَامَهَا, وَمِنَ الْعِصْمَةِ دَوَامَهَا, وَمِنَ الرَّحْمَةِ شُمُوْلَهَا, وَمِنَ اْلعَافِيَةِ حُصُوْلََهَا. وَمِنَ الْعَيْشِ أَرْغَدَهْ, وَمِنَ الْعُمْرِ أَسْعَدَهْ, وَمِنَ اْلإحْسَانِ أَتَمًّهْ, وَمِنَ ْاِلإنْعَامِ أَعَمَّهْ, وَمِنَ الْفَضْلِ أَعْذَبَهْ, وَمِنَ الُّلطْفِ أَقْرَبَهْ, وَمِنَ الْعَمَلِ أَصْلَحَهْ, وَمِنَ الْعِلْمِ أَنْفَعَهْ, وَمِنَ الرِّزْقِ أَوْسَعَهْ. اَلَّلهُمَّ كُنْ لَنَا وَلا تَكُنْ عَلَيْنَا. أَلَّلُهُمَّ اخْتِمْ بِالسَّعَاَدَةِ آجَالَنَا, وَحَقِّقْ بِالزِّيَادَةِ أَعْمَالَنَا, وَاقْرِنْ بِالْعَاِفيَةِ غَدْوَنَا وَآصَالَنَا. وَاجْعَلْ إِلَى رَحْمَتِكَ مَصِيْرَنَا وَمَآلَنَا, وَاصْبِبْ سَجَّالَ عَفْوِكَ عَلَى ذُنُوْبِنَا, وَمُنَّ عَلَيْنَا بِإِصْلاحِ عُيُوْبِنَا. وَاجْعَلِ التَّقْوَى زَادَنَا, وَفِى دِيْنِكَ اجْتِهَادَنَا, وَعَلَيْكَ تَوَكُّلَنَا وَاعْتِمَادَنَا. إِلَهَنَا ثَبِّتْنَا عَلَى نَهْجِ اْلإسْتِقَامَةِ, وَأَعِذْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. وَخَفِّفْ عَنَّا ثَقْلَ الأوْزَارِ, وَاْرزُقْنَا عِيشَةَ الأبْرَارِ. وَاكْفِنَا وَاصْرِفْ عَنَّا شَرَّ الأشْرَارِ. وَأَعْتِقْ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَائِنَا وَأُمَّهَاتِنَا مِنَ النَّارِ وَالدَّيْنِ وَالْمَظَالِمِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ, يَا كَرِيْمُ يَا سَتَّارُ, يَا حَلِيْمُ يَا جَبَّارُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ, وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. آمِيْنْ.

Artinya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu nikmat yang sempurna, perlindungan
yang lama, rahmat yang tidak pernah sirna dan maafMu selamanya. Ya Allah, aku
memohon kepadaMu kehidupan yang paling melimpah, umur yang paling bahagia,
kebaikan yang paling sempurna, nikmat yang paling cukup, karunia yang paling baik,
kelembutan yang paling dekat, amal yang paling shaleh, ilmu yang paling bermanfaat
dan rizki yang paling leluasa. Ya, Allah, jadilah Eukau pelindung kami dan jangan
Eukau menjadi musuh kami. Ya Allah, akhiri umur kami dengan kebahagiaan,
wujudkan perbuatan kami sebagai tambahan kebaikan, temani langkah dan gerak
kami dengan maafMu, jadikan tempat kembali dan tujuan kami hanyalah rahmatMu,
curahkanlah atas dosa-dosa kami pengampunanMu, karuniailah dan gantilah dengan
kebaikan semua cacat-cacat kami. Ya Allah, jadikanlah taqwa sebagai bekal kami,
agama sebagai tempat kesungguhan kami, dan hanya kepadaMu kami bertawakal dan
bergantung. Ya Allah, tetapkan kami dalam istiqamah, lindungi kami dari penyesalan
kelak di hari Kiamat. Ringankan semua dosa dan kesalahan kami yang begitu banyak
dan berat, berikan kepada kami kehidupan orang-orang shaleh. Hindarkan dan
jauhkan Ya Allah, dari semua tipu daya dan usaha orang-orang jahat. Ya Allah,
bebaskan keluarga kami, keluarga bapak dan ibu kami dari siksa api neraka. Bebaskan
kami dari hutang yang melilit dan dari perbuatan orang-orang dhalim, karena
sesungguhnya Eukau Maha Gagah dan Pengampun, Eukau Maha Dermawan dan
Maha Penutup (aib), Eukau Maha Sabar dan Kuasa. Semua itu adalah karena rahmat
(kasih saying)Mu ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Semoga Allah
senantiasa memberikan shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad Saw, keluarga
dan para sahabatnya semuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga
Allah mengabulkan semua doa kami."

Demikian, di antara nasihat Imam Ghazali untuk kita pencari ilmu. Mari kita
coba wujudkan semangat ilmu untuk amal dan amal berdasarkan ilmu, agar kita dapat
meraih kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin. Wallahu a'lam.

http://luahfikiran.blogspot.com/2010/12/mari-kita-jadi-orang-yang-berilmu-dan.htmlhttp://alumnus2003irmala.multiply.com/journal/item/10/Ilmu_adalah_untuk_amal_dan_amal_harus_berdasarkan_ilmu 

Tuesday, January 4, 2011

bait-bait qashidah Burdah

Wahai Tuhanku
limpahkanlah shalawat dan salam kepada kekasih-
Mu
sebaik-baik makhluk semuanya
Dialah sang kekasih yang diharapkan syafa’atnya
dari setiap huru-hara yang menimpa

Muhammad pemimpin dunia dan akhirat, jin dan manusia,
serta pemimpin dua bangsa: Arab dan Ajam2(selain arab)

Nabi kita penyeru kebaikan dan pencegah kemunkaran,
maka tidak ada seorang pun yang lebih bisa
dipercaya darinya dalam berkata “tidak” ataupun “ya”.

Dialah sang kekasih yang diharapkan syafa’atnya, dari
setiap huru-hara yang menimpa.

Ia menyeru kepada Allah, maka orang-orang yang
berpegang teguh dengannya, mereka berpegang
teguh dengan tali yang tak ‘kan terputus.

Ia mengungguli seluruh nabi dalam rupa dan pekerti,
dan tidak pula mereka menandinginya dalam ilmu dan
kemuliaan.

 Mereka semua mengambil dari Rasulullah SAW, baik
seciduk dari lautan atau seteguk dari air hujan.

Dialah yang sempurna makna dan rupanya, lalu dipilih
sebagai kekasih oleh Tuhan, Pencipta manusia.

 Ia disucikan dalam kebaikannya dari yang menyamai,
maka hakikat kebaikan pada dirinya tidak terbagi

Alangkah mulia pribadi Nabi SAW, yang dihiasi pekerti
dengan keindahan yang memancarkan sinar wajah
nan berseri.

Indah laksana bunga, dan mulia laksana purnama.
Kedermawanannya seluas samudera, dan cita-citanya
sepanjang masa.

Seakan mutiara, nan tersimpan dalam kerang, keluar
dari dua sumber, ucapan dan senyumnya.


 Tiada wewangian yang menyamai tanah yang
menyelubungi jasadnya, maka beruntunglah orang
yang yang pernah mencium dan mengecupnya.

Wahai makhluk yang paling mulia, tiada seorang pun
yang dapat aku bersandar padanya selain dirimu di saat
turunnya bencana yang menimpa seluruh makhluk

Wahai Rasulallah, tidak akan berkurang derajatmu
karena diriku, pada saat Tuhan, Yang Maha Pemurah,
bertajalli dengan nama Yang Maha Pendendam.

 Karena sesungguhnya di antara kemurahanmu adalah
dunia dan madunya, dan di antara ilmumu adalah
ilmu tentang Lauhul Mahfuzh dan qalamnya.

Duhai jiwaku, janganlah engkau putus asa karena
dosa besar, sungguh dosa-dosa besar itu dalam
ampunan Allah, sama halnya seperti dosa-dosa kecil.

 Semoga rahmat Tuhanku saat dibagikan akan datang
berdasarkan hitungan dosa dalam pembagiannya.

Wahai Tuhanku, jadikanlah harapku tiada tertolak, dan
jadikanlah hisabku tiada tertinggal dari rahmat dan
ampunan-Mu.
Belas kasihilah hamba-Mu ini di dunia dan akhirat.

Saturday, January 1, 2011

IMAN SYAFI'I

 1. MENERIMA TAKDIR ALLAH


l. Biarlah hari-hari itu berlalu Kerjakan yang engkau sukai Apabila takdir sudah menentukan Maka berlapang dadalah kau

2. Janganlah engkau gelisah Terhadap musibah-musibah malam hari Karena tiada satu pun musibah itu Yang kekal abadi

3. Kuatkanlah dirimu Menghadapi cobaan-cobaan hidup Surah hati dan setia Hendaklah menjadi pekertimu

4. Meski bagai buih lautan Keaibanmu di kalangan orang lain Namun rahasia pribadimu Hendaklah selalu tersimpan.

5. Tutuplah rahasiamu Dengan kemurahan hati Karena konon semua keaiban Dapat ditutup dengan kemurahan hati

6. Jangan engkau tampakkan kelemahan pada lawanmu karena kuatnya mental lawan Merupakan bahaya bagimu

7. Jangan engkau harapkan Kemurahan orang yang kikir Sebab orang yang sedang kehausan Tak akan mendapatkan air dalam api.

8. Sebuah keterlambatan Tak akan mengurangi rizkimu Dan rizkimu pun tak akan bertambah Dengan kepayahan badanmu.

9. Tiada kesusahan yang kekal Tiada kegembiraan yang abadi Tiada kefakiran yang lama Tiada kemakmuran yang lestari.

10. Apabila sikap hatimu Selalu rela dengan apa yang ada Maka tak ada perbedaan bagimu Antara dirimu sendiri dan para hartawan

11. Apabila ajal datang padamu Maka tak sejengkal bumi Tidak pula sebidang langit Yang dapat melindungimu

12. Bumi Allah amatlah luas Namun suatu saat Apabila takdir sudah datang Angkasapun menjadi sempit

13. Biarlah hari-hari itu Tidak setia setiap saat Sebab obat apa pun juga Tak akan menangkal ajal