Monday, December 27, 2010

SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH (1)

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang
bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap
selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada
ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
tidak ada perhatian untuknya.

5. Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.

6. Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia
bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. -

8. Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu,
kalau aku berdiam diri aku binasa

7. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun
pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua
belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah

No comments:

Post a Comment