Thursday, December 30, 2010

SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH (3)

Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda
kerana amat ngerinya siksaan Allah

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di
dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara
Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi
jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah.

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang
membinasakan, iaitu:
· Ia akan mati and hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
· Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang
zalim atau;
· Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat and akan
dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
· Adakalanya harta itu akan dicuri and dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna .

Abu Bakar Rhodiyallahu ‘Anhu berkata :

اُطْلُبُوا الْمَوْتَ تُوْهَبْ لَكَ الْحَيَاةُ
“ Kejarlah kematian ! Kau dapatkan kehidupan “

8 PERKARA PERHIASAN BAGI 8 PERKAR A
Abu Bakar r.a telah berkata maksudnya ada 8 perkara merupakan
perhiasan bagi 8 perkara iaitu:
1.Tidak meminta-minta adalah hiasan fakir.
2.Meninggalkan perbuatan menggungkit-gunggit pemberian
adalah hiasan amalan baik.
3.Sabar adalah hiasan bala.
4.Merendahkan diri /tawaduk adalah hiasan mereka yang
menuntut ilmu.
5.lambat marah adalah hiasan ilmu.
6.Banyak menengis adalah hiasan takut.
7.Syukur adalah hiasan nikmat.
8.khusuk adalah hiasan solat.

No comments:

Post a Comment