Tuesday, December 28, 2010

SALAM HIKMAH DALAM HIKMAH (2)

Saidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga.

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB : 1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

4. Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab

5. Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri
dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
-Saidina Umar bin Al-Khatab

6. Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat
menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau
orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab

7. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan
meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

8. Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula
pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

9. Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada
hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa
membalasnya -Saidina Umar bin Al-Khatab

3 comments:

  1. pih tow...
    rano ley jupo kawe cni?
    hihi~

    ReplyDelete
  2. abe yie lah oyak,dio oyak adaa ado gok blog,cri2 jmpo.haha
    tgk friend kat blog chayakhmanku,tgk nmo demo,po knl jah,tgk2 jolo sggh mekdaa,hee

    ReplyDelete
  3. dia tao mane ore ado blog..
    xoyak dio pn..
    sjo jah nim..

    ReplyDelete