DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
syahadah kunci langit dan syurga
http://gmkelate.blogspot.com/2010/08/syahadah-kunci-syurga.html
syahadah
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan kefahaman dan amalan kita yang berkaitan dengan dua kalimah syahadah ini sama ada secara langsung (lafaznya) atau tidak langsung (pengajarannya yang berbentuk penyerahan diri sepenuhnya kepada ajaran agama Allah). Lazimilah ucapan dua kalimah syahadah ini pada setiap masa dan ketika walau di manapun kita berada selagi hayat dikandung badan. Semoga kembalinya kita kepada Allah nanti adalah dalam keadaan menyerah diri kepadaNya secara keseluruhan dan sempurna.
Firman Allah (Ali Imaran:102) “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan janganlah kamu mati melainkan sebagai orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah secara sepenuhnya).
Wallahu aklam
No comments:
Post a Comment