Kata-kata hikmah penting untuk kekuatan diri bagi merek yang inginkan kejayaan... sesungguhnya org yang berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan diri ataupun orang lain.
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
( Al-Mu’minun :1-3 )
Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda.
(Hadis Nabi)
Penawar yang paling mujarab ialah rajin.
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu.
(Iman Syafie 767 – 820 m )
Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati.
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur.
(Iman Syafie 767 – 820 M)
Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat.
(Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )
Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan.
(Benjamin Disraeli 1804 – 1881)
Take a moment now to dream and to think what you really want for your life.
(Anthony Robbins 1986 - )
Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba.
(Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sama)
Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah.
(Lao Tzu 604 – 531 sama)
Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya.
(Confucius 551-479 sama)
Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan.
(Aristotle)
Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik.
(Rene Descartes 1596 – 1650)
Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja.
( Seneca Pujangga Rom )
Reading to the mind what exercise is to the body.
(Sir Richard Steele 1672 – 1729)
Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan.
( Aminuddin Baki )
Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai.
(Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sama)
Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil.
(Thomas Carlyle)
Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia.
(Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)
Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga.
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )
Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan.
(Peribahasa Cina)
Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan.
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat.
(H.W. Longfellow 1807 – 1882 )
Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis.
(Aristotle 384 – 322 sama)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
(Pepatah Melayu )
"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.
Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.
No comments:
Post a Comment