Thursday, October 28, 2010

MENDIDIK ROH BATIN

Inilah rahsia diri kita yang mesti kita sedari. Bila kita sedar hakikat kejadian kita ini, barulah akan berlaku seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:Terjemahannya: Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya.

Untuk meningkat ke darjat yang mulia itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh, berjuang dan berkorban. Siapa sahaja boleh berjaya kalau dapat memenuhi syarat dan cara yang telah ditetapkan iaitu dengan mendidik roh kita kembali mengenal dan mencintai Allah SWT. Caranya ialah mujahadah (berperang) dengan nafsu dan syaitan. Allah berfirman:

Terjemahannya: Wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (dalam menegakkan agama Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan tetap teguhlah kamu (dalam barisan perjuangan) dan bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu mendapat kemenangan. (Ali Imran: 200)

Antara nafsu yang mesti diperangi ialah sifat mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, kedudukan dan kehormatan diri. Itu semua ialah penghalang yang cukup kuat untuk kita mendapat hakikat (amalan batin) juga sebagai hijab yang menghalang kita dari mendapat sifat kerohanian sebab ia merasakan diri sebagai tuan. Supaya diyakini, di sini ada satu kisah benar pengalaman seorang wali bernama Yazid Bustami:
Satu hari datang pada Yazid Bustami seorang temannya untuk mengadu: “Saya telah berpuasa setiap hari dan bersembahyang setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan batin seperti yang engkau ceritakan.”
Yazid Bustami pun memintas, “Kalaupun engkau bersembahyang dan berpuasa selama 300 tahun, engkau pasti tidak dapat menemukannya.”
“Kenapa?” Tanya temannya. Jawab Yazid, “Sifatmu yang mementingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah.”
Teman itu lantas bertanya, “Katakanlah pada ku apakah ubatnya?”
“Ada ubatnya,” kata Yazid, “tetapi engkau tidak akan sanggup melakukannya. "
Setelah dipaksa oleh temannya Yazid pun berkata:
“Pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali ikat pinggang yang melingkari pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, isilah buah kenari dan gantungkanlah karung itu di lehermu. Kemudian pergilah ke pasar sambil menangis, laungkanlah begini: “setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan dapat sebiji kenari! " Selanjutnya pergilah ke tempat persidangan kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka: “Selamatkanlah jiwaku.”
Teman itu berkata, “Sungguh aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah cara pengubatan yang lain.”
Yazid berkata, “Yang aku ceritakan tadi adalah cara pengubatan pendahuluan yang sangat perlu dilakukan untuk mengubati penyakitmu. Tapi sebagaimana yang aku katakan tadi, engkau tidak dapat disembuhkan lagi.”
Yazid Bustami seorang wali Allah yang mukasyafah dapat membaca hati (rahsia batin) temannya yang berjuang untuk nama, pangkat dan sanjungan manusia. Sebab itu beliau (Yazid) perintahkan sahabat itu bermujahadah dengan nafsunya itu dengan cara menghina diri di pasar dan mengaku jahat di hadapan kadi dan hakim. Perintah itu memang berat, tetapi pada Yazid tiada jalan lain lagi. Itulah cara mujahadatunnafsi yang mesti. Begitulah pentingnya mujahadatunnafsi kepada siapa sahaja yang ingin meningkatkan kerohaniannya. Selagi nafsu itu tidak dapat dipatahkan, selama itulah roh tidak akan suci dan bersih. Dan kalau roh tidak bersih, Allah tidak akan memasukkan taufik ke dalam hati yang kotor. Sebab benda yang berharga Allah akan letak di tempat yang mulia.

Roh umpama wadah. Kalau ia kotor taufik tidak akan masuk. Kalau tiada taufik, roh kita akan terhijab dan kita tidak akan dapat meningkatkan kerohanian (amalan batin) ke taraf kerohanian yang tinggi. Dan tanpa kerohanian, hati (roh) tidak akan selamat dari penyakit-penyakit mazmumah. Firman Allah:

Terjmahannya: Hari Qiamat ialah hari di mana anak dan harta tidak dapat memberi manfaat kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera. (Asy-Syuara’: 88-89)

Amalan lahir seperti sembahyang, puasa, walaupun dilakukan sepanjang hari dan setiap malam sembahyang tahajjud (seperti cerita di atas), berjihad, berkorban, belajar, menutup aurat dan lain-lain, tidak akan dapat menjamin selamatnya hati. Apa yang menjamin selamatnya hati ialah mujahadatunnafsi. Inilah amalan batin yang wajib kita lakukan.

Suatu hari di dalam kuliahnya, seorang ulama sufi, Bisyulhafi bercerita kepada muridnya bahawa, beristeri ramai itu tidak menafikan zuhud. Salah seorang muridnya yang mengetaui bahawa gurunya tidak pernah berkahwin, lalu bertanya:
“Tuan, kalau begitu kenapa tuan tidak berkahwin? Bukankah menyalahi sunnah?”
Bisyulhafi pun menjawab, “Aku tidak sempat melakukan sunnah itu kerana sibuk. Sibuk melakukan perkara yang lebih fardhu yang belum selesai iaitu mujahadatunnafsi.” Begitu pandangan ahli sufi tentang pentingnya mujahadatunnafsi. Mereka tidak pernah rehat memerhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, supaya nafsu dan syaitan itu sentiasa dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Dan kita, kalau mahu berjumpa Allah dengan selamat, itulah juga jalannya. Tanpa jalan ini, kita dapat juga berjumpa Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah.
Jalan keselamatan itu ialah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah (penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu) setiap kali ia menyerang kita. Penyakit hati ini ialah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin yang saya bahagikan kepada dua iaitu:

1. Penyakit hati terhadap Allah. 2. Penyakit hati terhadap manusia.
Antara penyakit hati terhadap Allah:
1. Tidak khusyuk beribadah
2. Lalai dari mengingati Allah
3.Tidak yakin dengan Allah
4.Tidak ikhlas dengan Allah
5.Tidak takut pada ancaman Allah
6.Tidak harap pada rahmat Allah
7.Tidak redha akan takdir Allah
8.Tidak puas dengan pemberian Allah
9.Tidak sabar atas ujian Allah
10.Tidak syukur atas nikmat Allah
11 Tidak terasa diawasi Allah
12.Tidak terasa hebatnya Allah
13.Tidak rindu dan cinta dengan Allah
14.Tidak tawakal pada Allah
15.Tidak rindu pada syurga dan tidak takut pada neraka
16. Gila dunia, buang masa dengan sia-sia
17.Penakut (takut pada selain Allah)
18.Ujub Riak Gila puji dan kemasyhuran

Manakala penyakit hati (mazmumah) terhadap manusia:
1.Benci membenci
2.Rasa gembira kalau dia mendapat celaka dan
3.rasa sedih kalau dia berjaya Mendoakan kejatuhannya
4.Tidak mahu minta maaf dan tidak memaafkan kesalahannya
5.Hasad dengki Dendam
6.Bakhil Buruk sangka
7.Tidak bertolak ansur
8.Tidak bertimbang rasa
9.Tidak tolong-menolong
10.Degil dan keras hati
11.Mementingkan diri sendiri
12.Sombong
13.Tidak sabar dengan ragam manusia
14.Memandang hina kepada seseorang
15.Riak
16.Ujub
17.Rasa diri bersih
18.Tamak

  aku copy paste dari
http://pertahanandiri.blogspot.com/2010/04/inilah-rahsia-diri-kita-yang-mesti-kita.html 

2 comments:

  1. suko baco ni..sumo btol..bila kita knal doh diri kita sdiri..otomatik kita knal Allah..kita jd takut sbb ari2 kita dpt rasa Dia ada tgh perhati kita,,,duk mano2 pon kita bleh rasa khadiranNya..bila jd gini,nk buat jht sikit pon kita takut..kalu terbuat dgn xsngaja pon,msti jerip slalu sbb sero bsalah..n cepat2 laluh doa mitok ampun..ati pulop xbreti sbut nama Allah..

    ReplyDelete
  2. arap kita mengamalkannya dan menyebut nameNYA selalu

    ReplyDelete